Jawapan Contest Meneka Gambar S.B.T

Berakhir sudah contest teka gambar yang julung-julung kali Belalang anjurkan. Penyertaan dan support dari rakan-rakan blogger amat la menggalakkan. Belalang ucapkan terima kasih kerana menyokong contest Belalang nih.

Penyertaan yang melebihi dari jangkaan Belalang ini (68 penyertaan), boleh Belalang simpulkan sebagai berjaya. Nampaknya boleh buat lagi nih pada masa-masa akan datang.

Baik tak nak membuat masa lagi, sekarang Belalang akan dedahkan gambar apakah yang menjadi misteri selama ini. Berbagai-bagai jawapan yang Belalang terima. Korang dah ready? Ok, tarik nafas dalam-dalam. Lihat gambar dibawah ini elok-elok yea…

Tahniah kepada sesiapa yang menjawab dengan tepat, iaitu safety pin. Namun begitu sesiapa yang meletakkan ayat ‘pin’ tak kira la pin baju ke, pin lampin ke, Belalang terima juga. Janji ada tulis perkataan pin dan Belalang paham benda yang anda nyatakan itu gunanya pada pakaian. Mereka-mereka yang telah meneka dengan tepat dan memenuhi semua syarat-syarat yang Belalang tetapkan ialah:

http://shagcomot.blogspot.com/
http://yatiali-noryati.blogspot.com/
http://fatimahjohari.blogspot.com/
http://ainulishak.blogspot.com/

Tahniah kepada mereka diatas ini kerana telah memberi jawapan yang Belalang cari-cari. Rasanya tiada yang Belalang terlepas pandang kerana Belalang telah menyemak kembali kesemua jawapan yang diberi oleh para peserta. Jadi Belalang anggap pemilihan Belalang ini adalah muktamad. Namun begitu antara mereka ini hanya ada seorang yang akan Belalang pilih sebagai pemenang iaitu melalui satu cabutan yang akan Belalang lakukan sendiri bersama Mrs. Belalang. Jadi siapakah yang akan berjaya memiliki RM50 tunai itu? Tunggu di entry akan datang yea… Hee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close