Hari Bersenang-Lenang

Pejam celik pejam celik kejap je bulan November dah pergi dan bulan Disember mengganti. Cukup sebulan lagi 2010 pulak akan pergi dan digantikan dengan 2011. Rasa begitu pantas masa berlalu.

Harini Belalang nak bawak Mrs.Belalang, Belalang Junior dan dua orang adik ipar Belalang jalan-jalan ke Penang. Hampir seminggu adik-adik ipar Belalang lepak rumah Belalang dan tak pergi mana-mana pun. Asyik tengahari keluar pergi kedai, malam balik rumah, tengahari keluar pergi kedai, malam balik rumah, begitu la rutin harian mereka disini.

Memandangkan hari Rabu memang hari cuti rehat kedai Belalang, jadi elok rasanya bawak mereka jalan-jalan kejap. Lagi pun kebetulan harini tiada tempahan yang urgent dan perlu disegerakan.

Lepas Zohor Belalang akan keluar dan kemungkinan malam baru Belalang pulang dan online. Jadi kepada sesiapa yang tinggalkan jejak di SBT, online nanti Belalang akan balas balik ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close