First Contest Dari S.B.T

Entry contest ini akan berada disini hingga 5 dec 2010. Untuk membaca entry baru sila ke bawah entry ini

Seawal usia blog ini setahun Belalang sudah berkira-kira untuk menganjur satu contest. Namun disebabkan beberapa faktor seperti kekangan kerja, kurangnya masa serta kebuntuan idea untuk menganjur jenis contest telah menyebabkan perkara ini tertangguh.

Namun begitu setelah terfikir yang bulan ini adalah bulan yang istimewa dalam hidup Belalang dimana jatuhnya tarikh kelahiran Belalang, serta pengunjung blog ini yang semakin meningkat dari hari ke hari seiring dengan usia blog ini maka Belalang bertegas  untuk menganjurkan satu contest pada bulan ini juga.

Contest yang diberi nama Meneka Gambar S.B.T ini, Belalang memilih gambar yang teramat la mudah. Pada pendapat Belalang akan ada lebih dari seorang peserta yang akan dapat meneka gambar ini dengan tepat. Nak tahu gambar apa? Jom kita skodeng gambar bawah ni:-

Clue: Besi, mudah didapati, sangat berguna

Amacam? Senang je kan? Ops, tunggu dulu. Jangan nyatakan jawapan itu sekarang. Ada syarat-syarat dan perkara yang perlu anda lakukan. Dibawah ini ada syarat-syarat serta perkara yang perlu anda patuhi untuk melayakkan anda menyertai peraduan ini:-
-tarikh tutup penyertaan pada pukul 11:59 p.m 5 dec 2010

-harus menjadi follower S.B.T

-buat satu entry yang bertajuk ‘Contest Meneka Gambar S.B.T’ dan tulis jawapan yang anda fikir betul pada entry itu.

-copy banner ke entry dan sidebar

-tinggalkan link yang mempunyai jawapan pada kotak komen dibawah

-peserta hanya dibenarkan memberi satu jawapan sahaja

-hanya seorang peserta yang memberikan jawapan paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.

-sekiranya pemenang lebih dari seorang,pemenang akan ditentukan
oleh pihak penganjur dengan cara cabutan undi
-keputusan penuh akan diberi tahu melalui 1 entry khas selepas
tarikh tutup penyertaan.

Ops, lupa pulak nak kasi tau hadiah apa. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50 yang akan Belalang bank-in ke akaun pemenang. Ok la kan sebanyak tue. Sambil berblog, sambil berwalking, sambil buat entry anda boleh dapat duit.
So tunggu apa lagi, cepat kasi jawapan yang dirasakan tepat. Jangan risau dengan jawapan yang sama dengan peserta lain kerana sekiranya kesemua peserta jawab betul pun, peluang masih ada untuk menang.
Ahkir kata dari Belalang semoga S.B.T terus mendapat sokongan dari pembaca semua. Jika sambutan menggalakkan, mungkin Belalang akan anjurkan lagi apa-apa peraduan dengan nilai hadiah yang lebih wow!!
Facebook Comments

Comments are closed.

Close