Bukan naik Harga, Tapi Subsidi Yang Dikurangkan

Pandai jugak akhbar Berita Harian nih pilih tajuk ye. Dia tak letakkan tajuk harga minyak petrol, diesel, LPG dan gula naik. Sebaliknya Berita Harian tukar kepada harga subsidi dikurangkan. Bawah ni antara petikkan asal yang Belalang ambil daripada Berita Harian Online.

——————————–

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

————————————-
**Permainan saikologi tuh. Sekurang-kurangnya pembaca tak nampak perkataan HARGA NAIK… Hahaha
Facebook Comments

Comments are closed.

Close