Basah Sangat Dah Nih Sapu Tanganku…

Salam kepada pembaca blog Belalang semua. Macam mana perjalanan hidup korang arini? Banyak perkara best atau benda yang tak menarik berlaku? Best atau tak best yang pasti kita kena lalui jugak hari-hari dalam hidup kita walaupun sepahit mana perjalanan hidup kita pada hari tersebut.

Belalang lak arini diserang selsema yang maha dasyat. Dari pagi tadi sampai sekarang idung nih macam ade paip air tak tutup. Punya bersin sampai sakit tekak-tekak. Dah lame jugak Belalang tak diserang virus selsema seteruk nih. Sampai makan ubat selsema pun tak ada tanda-tanda akan sembuh. Hanya berjaya stop bersin untuk beberapa ketika. Pastu jadi balik.

Korang ade ape-ape petua tak yang boleh kasi selsema baik cepat sket? Belalang tak demam. Cuma selsema dan sakit tekak jer. Belalang stop membebel (macam ben ashaari lak) dulu. Nak jelajah blog kawan sambil baca entry lak. Tunggu Belalang di blog korang. Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close