Aku Mengantuk Dan Lapar…

Selamat pagi semua… Harini pukul 7:30 pagi Belalang dengan Mrs.Belalang dah terpacak di kedai gara-gara ada yang nak mengambila hantaran. Sudah la pagi tadi pukul 4 pagi baru tido. Sekarang nih pun tengah pening-pening lagi.

Sebagai peniaga, Belalang selalu menangkan pelanggan. Dah costumer always right kan? Kalau ikutkan mau je suruh pelanggan tu amik tempahan dia pukul 12 jap lagi. Tapi sebab dia beriya-iya nak nak cepat kononnya ada keje tengahari nanti, nak tak nak datang jela tunggu.

Pas habis layan pelanggan, Belalang akan tutup balik kedai dan hanya buka pada pukul 12 tengahari jap lagi. Sarapan ape pun tak lagi nih. Sambil-sambil tunggu costumer, sambil-sambil singgah baca entry kawan-kawan. Sekarang dah pukul 9 pagi, tak menampakkan tanda-tanda yang pelanggan Belalang akan berangkat pulang. Di bantalnya bersembang pulak dengan Mrs.Belalang. Rancak pulak tuh.

Lapar nih! Sabar jela…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close