Terima Kasih

Salam semua… Amacam sihat ke? Hope sihat dan ceria-ceria la hendaknya yea. Belalang dari petang kelmarin sampai ke petang tak berkesempatan untuk online. Ada beberapa sebab yang membuatkan Belalang tinggalkan kejap dunia blog dan internet.

Dan bila dan rasa kelapangan sket Belalang pun online balik pukul 5 petang tadi. Belalang melihat begitu banyak ucapan selamat hari lahir yang rakan-rakan blogger lain ucapkan pada Belalang baik di blog mahupun facebook. Agak terharu kerana tak menyangka yang Belalang akan menerima begitu banyak ucapan hari lahir.

Kawan baik Belalang Ellen pula dengan baik hatinya telah buat satu entry khas untuk Belalang. Siap dengan hadiah sekali Ellen kasi. Kepada Ellen, hanya ucapan terima kasih dapat Belalang ucapkan. Tak lupa juga kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Belalang. Belalang doakan semoga korang juga dimurahkan rezeki dan tenang menempuhi hidup.

**Band Jamrud pun ade buat ucapan khas hari lahir untuk Belalang. Tak caye? Tengok video kat bawah nih…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close