Sedikit Info Mengenai Contest meneka Gambar S.B.T

Gambar tiada kene mengena dengan entry nih

Agak sibuk Belalang pada hari nih. Dari pagi tadi sudah bergerak ke merata tempat membereskan beberapa perkara penting. Lepas maghrib ni pun mungkin nak keluar lagi. Cadang nak pegi nonton Harry Potter. Tapi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Macam mana nih? Nak tengok Emma Watson… Sob, sob, sob…

Takpe, tinggalkan kejap kesedihan tuh. Meh Belalang nak story sket pasal perkara yang berkaitan dengan contest meneka gambar SBT. Sehingga ke hari ini (22 Nov 2010) penyertaan yang Belalang terima dari peserta hampir mencecah ke 40 orang! Satu jumlah penyertaan yang agak besar bagi Belalang. Sebelum ni Belalang menjangkakan hanya sekitar 20 penyertaan.

Terharu Betul Belalang dengan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan blogger. Terima kasih tidak terhingga Belalang ucapkan kepada semua yang sudi menyertai. Macam nih boleh buat lagi nih pada masa akan datang. Hee… Tergerak hati Belalang untuk menyingkatkan masa contest yang Belalang beri sebelum ini dari 6 Dec tukar ke 30 Nov. Namun atas nasihat Mrs. Belalang yang meminta supaya Belalang tutup contest nih pada 6 Dec jugak, Belalang ikut jela. Tapi masih lagi dalam pertimbangan nih nak ubah atau tidak tarikh tutup.

Mengenai jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta contest, rata-ratanya memberikan jawapan yang hampir sama dan boleh diterima pakai. Namun yang memberi jawapan yang betul tidak la seramai mana. Ops, tak nak membebel pasal hal nih. Takut-takut terlepas cakap lak. Hahaha…

Satu perkara yang Belalang tekankan ialah korang ikut la betul-betul syarat yang Belalang sertakan tue yea. Ini untuk mengelakkan daripada penyertaan anda Belalang tolak. Seperti yang Belalang nyatakan sebelum nih jika lebih daripada seorang memberikan jawapan yang tepat, Belalang akan memutuskan dengan cara cabutan. Dan selain daripada jawapan yang betul, keutamaan akan diberi kepada mereka yang betul jawapan dan lengkap syarat penyertaannya.

Sekali lagi Belalang ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi memeriahkan contest meneka gambar SBT ini. Dan kepada anda yang teringin untuk mencuba nasib, boleh la klik disini. Mana nak tau jawapan yang anda kasi betul. Lepas tue kena pulak luck anda time Belalang buat cabutan nanti. Senang-senang jer dapat RM50. Mudah sangat. Jadi tunggu apa lagi? Meh join cepat!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close