Rupanya Nuffnang Sayang S.B.T

Belalang ada satu story yang agak menarik untuk dikongsi. Hal ini boleh dijadikan panduan untuk blogger-blogger baru yang sedang berusaha untuk mendapatkan Buffered Earnings (BE).

Dipendekkan cerita sebenarnya kalau korang perasan, Belalang dah berblog hampir setahun lebih. Bulan Julai baru-baru nih genap setahun Belalang berblog. Namun begitu Belalang mula mendapat BE hanya sekitar dua bulan kebelakangan ini! Mengapa jadi begitu? Mana silapnya? Ha, ini yang Belalang nak kongsi.

Pada mulanya Belalang tak begitu kisah mengenai BE nih. Ada takde Belalang tak begitu ambil kisah sangat. Namun begitu, apabila semakin lama berblogging dan semakin ramai mempunyai kawan-kawan blogger, baru Belalang perasan yang blogger lain tidak begitu susah untuk mendapat BE. Tapi kenapa Belalang agak susah untuk mendapatkan BE?

Apabila genap setahun usia SBT, Belalang pun mula melihat dengan lebih detail pada akaun nuffnang Belalang. Mungkin ada apa-apa bahagian yang Belalang terlepas pandang. setelah dikaji-kaji, tepat sekali rupanya memang ada bahagian yang Belalang belum isi atau kemaskini. Dan setelah Belalang mengemaskini segala detail diri dan lain-lain, keesokkan harinya Belalang terus mendapat tujuh BE sekaligus!

Dan sehingga kehari ini blog SBT terus mendapat BE-BE yang baru. Terbaru yang Belalang terima hari ni ialah DiGi Broadband Discovery Day. Semalam dapat AMP Era F.M.

Keseluruhan BE yang pernah Belalang dapat dalam dua bulan ini ialah 12 BE. Dua daripadanya telah menjadi Metered Earnings. Jadi BE yang masih lagi berjalan kempennya ialah 10 kesemuanya.

Kepada pihak nuffnang dan pengiklan yang telah memilih blog SBT sebagai tempat mengiklan produk anda, Belalang ucapkan jutaan terima kasih. Peristiwa ini menyebabkan Belalang terfikir “Rupanya Nuff memang nak kasi BE kat aku, tapi aku je yang buat tak reti”

Pesanan terakhir Belalang pada yang belum dapat BE dan teringin mendapatkannya, pastikan korang mengisi segala maklumat yang perlu di isi dalam ruangan bio atau Evengelist dengan betul dan seberapa segera yang boleh. Jangan jadi macam Belalang, dah rugi satu tahun tanpa BE.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close