Rupanya Nuffnang Sayang S.B.T-Bhg2

semalam Belalang dah story pasal macam mana blog Belalang selama setahun tidak pernah merasa BE. Dan hinggalah dengan mendadaknya Belalang mendapat tujuh BE sekaligus. Maka selepas itu pun berkoyan-koyan la ucapan tahniah, hebat dan segala macam pujian lagi Belalang terima di kotak komen dan juga tempat jerit.

Disebabkan pengakuan Belalang yang ala-ala hebat itu, maka pagi ini apabila Belalang check akaun nuffnang Belalang dua lagi kempen telah menjadi ME. Ni mesti pasal kes nuffnang tak moh kasi Belalang riak dan takbur nih…Huu hu hhu sedih siot.

Nuffnang mungkin awal-awal lagi dah tau jika ditariknya BE Belalang, maka Belalang akan kecil hati. Jadi untuk tetap menjaga hati dan limpa Belalang, nuffnang telah menggantikan dengan benda lain. Nak tau pe korang tengok la gambar yang Belalang print screen nih:-

Kalau tak berapa jelas sila besar gambar itu. Belalang nak tunjuk bintang pada skyscraper dah naik lagi ke maksimum. Sebelum nih ade 4 jer. Sebenarnya Belalang pun tak berapa tau apa kegunaan bintang tue. Tapi ia mestilah sesuatu yang baik kan. Tak salah Belalang bintang itu naik sebab kebanyakkan pengunjung yang klik iklan adalah dibahagian itu. Betulkan Belalang kalau fakta nih silap yea.

Itu saje la entry Belalang. Saje je nak tunjuk bintang tue disamping nak berterima kasih lagi pada nuffnang. Harap-harap BE yang menjadi ME tue akan segera mendapat pengganti yang baru yea wahai encik nuffnang. Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close