Risau Seorang Ayah

Membaca penulisan Mazidul Akmal diblog miliknya pagi tadi mengenai tingkah-laku remaja perempuan hari ini yang terlalu banyak kes lari dari rumah atau hilang, sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dihati Belalang. Sebagai seorang bapa, Belalang mula terfikir bagaimanakah agaknya nanti budaya atau trend semasa anak-anak muda kita dalam 10 tahun akan datang?

Gambar dari Google

Boleh dikatakan saban hari kita membaca tentang kes kehilangan orang. Ada yang berjaya ditemui semula dan sebahagian besarnya tidak ditemui semula. Entahkan hidup atau sebaliknya hanya Allah yang tahu. Sebahagian besar kes orang hilang di negara ini melibatkan wanita atas anak gadis yang berumur 14 hingga 17 tahun.

Bagaimana cara untuk membendung masalah ini? Belalang rasa tiada cara yang benar-benar berkesan untuk menyekat masalah kes-kes begini daripada terus berlaku dan meningkat saban hari. Generasi tahun 2000 bukan lagi generasi yang boleh diajar dengan rotan atau kata-kata nasihat yang berbunyi begini “jangan buat begitu nak”, “Hah, kalau berani buatlah” dan “Kalau sayang mak ayah jangan macam tu ye…”

Mendengar pada perkataan ‘jangan’ itu pun sudah cukup untuk membuat mereka lagi la ingin mencuba. Ditambah pula dengan pergaulan bebas mereka samada di laman sosial ataupun rakan-rakan sebaya di sekolah. Jangan kata perkara ini tak mungkin berlaku dalam hidup korang. jangan kata background keluarga korang semua dari kalangan orang baik-baik jadi korang percaya anak-anak korang nanti pun tak akan terjebak dengan masalah begini. Itu bukan tiket untuk korang menarik nafas lega.

Kalau diperhatikan laporan-laporan mengenai mereka yang hilang ini kononnya sorang yang sopan, hormat keluarga, sembahyang tak tinggal dan bla bla bla lagi. Habis kalau sungguh tingkah-lakunya sebaik itu mengapa masih berlaku hal sebegitu? Perlukah kita menyalahkan kerajaan dalam hal begini? Ataupun didikkan keluarga?

Maaf jika topik Belalang kali nih agak berat. Tapi Belalang tak dapat berhenti dari berfikir hal sebegini. sebagai ibu bapa kita mungkin rasa kita telah melakukan sedaya-upaya kita dalam membimbing anak kita dalam proses kedewasaannya. Namun kita tidak dapat mengawal atau menentukan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Kita hanya mampu merancang.

Apa yang dapat kita ibu bapa lakukan hanyalah berdoa dan teruskan membimbing anak-anak kita tanpa rasa jemu dan putus asa. Selebihnya kita berdoalah semoga segala tunjuk ajar dan didikkan kita dapat membantu anak-anak kita pada masa depan untuk memilih baik buruk hidupnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close