Pertemuan Ini

Baru ada peluang nak ngadap blog Belalang kejap sesudah beberapa hari tak on-line. Ada kerja yang perlu diutamakan. Ini semua berkaitan dengan janji dan tanggungjawab. Apabila Belalang dengan rela hatinya setuju untuk menerima amanah yang diberikan oleh orang, maka dengan apa cara sekalipun Belalang perlu mengotakan janji yang pernah Belalang lafazkan pada dia.

Tinggalkan kejap cerita mengenai kerja Belalang. Belalang ingat tiada siapa yang perasan kehilangan Belalang. Rupanya ada juga blogger yang perasan yea. Terima kasih Belalang ucapkan pada yang bertanya tentang diri Belalang. Tak sangka rupanya kehadiran Belalang yang kecik nih (yela Belalang bukannya besar macam gajah pun) tetap memberi makna dalam hidup orang lain. Terharu nih… Sob,sob,sob…

Belalang pun takde idea nak kongsi apa dengan pembaca-pembaca yang lain. Jadi Belalang putuskan untuk berkongsi dengan pembaca yang lain mengenai trafik blog SBT bulan sudah. Walaupun trafik tak meletup-letup seperti sebahagian kawan-kawan blogger Belalang yang lain, tapi Belalang nak tunjuk jugak.

 (hujung skali yang ciput tue, time Belalang tak online)

(Keyword panas untuk bulan sudah ialah arwah Yalal Chin)

** Terima kasih pada penyumbang-penyumbang trafik untuk bulan sudah. Kepada yang terjah Belalang time Belalang bz aritu, tunggu yer nanti Belalang balas balik sumbangan trafik korang.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close