Lawak Raya Qurban

Selamat hari raya semua. Macam mana dengan perjalanan raya korang? Adakah darah tinggi dah naik sebab makan daging banyak sangat? Atau  korang dah sental pulut tak ingat dunia punya? Hahaha… Apa-apa pun pandai-pandai korang la seimbangkan pemakanan korang di hari raya ni.
Belalang berada di kampung mrs.Belalang, Baling Kedah. Line tenet sini terlampau la tenat. Nak blogwalking tak boleh. Jadi Belalang buat satu entry merapu pasal satu lawak yang Belalang pernah dengar. Ini cerita rekaan jer tau. Tiada kena mengena dengan orang hidup atau mati ataupun lembu-lembu yang terkorban.

Kisahnya berbunyi macam nih. Ada tiga ekor lembu sedang meragut rumput di sebuah padang. Dua ekor lembu ni makan dengan lahapnya seperti tak pernah jumpa rumput. Padahal tiap-tiap minit mulut tue asyik kunyah rumput jer. 
Dalam sedang mereka asyik menikmati kelazatan rumput yang dimakan tue, baru mereka perasan yang sekor lagi lembu tak makan langsung rumput-rumput yang segar di padang itu. Berasa hairan, mereka pun menanyakan hal itu.
“Eh, nape ko tak makan rumput nih? Takde selera ke?” tanya salah sekor lembu yang perut gemuk macam nak meletup sambil mulut yang tak berhenti kunyah.
“A’ah la… Ko ade masalah ke bro? Kalau yea jangan segan nak kongsi dengan kami” Celah sekor lagi yang same perut gemuk macam nak pecah…
“Keh keh keh… Itu la korang. Bodoh macam lembu! Korang tak tau ke yang raya haji dah nak dekat? Esok bila tuan kita nak pilih antara kita bertiga untuk dibuat korban sudah tentu dia akan pilih yang gemuk-gemuk macam korang. Aku akan terselamat sebab aku tak nak makan. Biar badan aku kurus kering” Terang lembu yang badan tak berapa besar tue kepada kawan-kawannya.
Maka berpandanganlah dua ekor lembu ni sesama mereka. Dalam hati berkata “Betul juga ya”. Namun dua ekor lagi nih malas nak pikir sangat pasal korban-korban nih. Bagi diorang kalau dah ajal sampai, macam mana pun akan mati jugak (pandai lembu nih pikir yea)…
Maka dipendekkan cerita lembu yang tak makan nih bertambah susut la badan dia. Sementara yang dua ekor lagi badan maintain sihat macam biasa. Tibanya hari raya haji maka tuan lembu tue pun kekandang lembunya untuk memilih lembu mana yang sesuai untuk dibuat korban.
Diperhatikan satu-satu lembunya yang berbadan gempal nih. Sambil itu sesekali dia mengusap-usap badan lembu-lembunya. Beberapa ketika tuan lembu itu hanya terkebil-kebil melihat sekor-sekor lembunya. Mungkin tengah pikir yang mana satu nak ambil. Tiba-tiba tuan lembu itu menghampiri lembu yang kurus tak makan itu. dengan selamba tuan lembu tue cakap…
“Sian kat ko badan kurus. Tentu ko sakit nih. Kalau macm tue aku akan korbankan ko jela tahun nih”…
Lembu kurus tue terus berbunyi ” MOOOOOooooo!!!” ( Tidakkkk!!!!)
Hahaha
Facebook Comments

Comments are closed.

Close