Harry Potter And The Deathly Hollows Part 1: Review Dari Kaca Mata Belalang

Hahaha semalam dapat jugak Belalang menyaksikan siri seterusnya dan yang terakhir Harry Potter bahagian pertama. Walaupun pada awalnya terasa macam tiada harapan untuk pergi menonton HR7 nih. Nasib baik program yang dirancang pada sebelah malam telah pun dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Belalang pun terus saja arah Mrs.Belalang supaya siap-siap untuk pergi menonton HR7 sebab kalau tak menonton semalam, pas nih belum tentu lagi Belalang akan ada masa terluang.

HR7: The Deathly Hollows kali ini agak berbeza dengan siri-siri HR sebelum ini. Dengan watak-watak utama yang telah dewasa, plot lebih banyak berkisarkan tentang pencarian mereka untuk memusnahkan Horcrux bagi melemahkan Voldemort dan juga permainan emosi ketiga-tiga watak utama.

Bagi Belalang HR7 kali ini agak perlahan jalan ceritanya berbanding siri sebelum-sebelum ini. Babak bercerita melebihi daripada aksi-aksi pertarungan magik dan lain-lain. Mungkin kerana pengarah filem ini David Yates tidak mahu cerita ini kelihatan tergesa-gesa ataupun memang part-part yang menarik akan ditonjolkan pada sambungan deathly hollows bahagian kedua. Walaupun begitu HR7 tidak la begitu mengecewakan atau membosankan juga dengan dialog-dialog spontan dari Ron (lawak jugak mamat nih) dan juga aksi mereka bertiga dikejar oleh orang-orang Voldemort.

Sambungan HR7 nanti Belalang mesti pergi tengok jugak sebab rasanya dah dapat dijangka yang bahagian kedua nanti tentu ceritanya tersangat menarik. Korang-korang bila lagi nak tengok? Kalau dah tengok pendapat korang lak macam mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close