Gelak Santai- Tiga Nenek, Konsep ‘Kita’ & Krisis Rumah Tangga



Cerita Nenek-nenek

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua….depa nie dok sembang dalam satu
bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah
tak ingat kat mana aku letak….

Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke
tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korangpun stillokey
lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja)

Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……

Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk
pintu tu……???

—————————————————-

Konsep ‘Kita’

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini…

Isteri : Apalah abang nie…asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang…tak adil lah macam nie…asik asik abang aje…

Suami: La…abis ayang nak cakap macam mana…

Isteri : Abang cakap la…rumah kita…kereta kita…TV kita…sofa kita… bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama…

Suami: Ahhh..iya lah…iyalah…

Isteri: Hmm…abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?…

Suami: Haa…ada awak nampak…seluar dalam KITA…???

Isteri: %#@**^&%#@

———————————————-

krisis rumahtangga

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis… tidak kira siang atau malam mereka akan bertengkar.. Setiap pertengkaran itu pastinya menganggu jirang
tetangga…

“Kalau aku mati…aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah didepanku untuk keluar mencekik engkau..” terdengar pekikan si Wahid…

Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya…

Beberapa hari berlalu…. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari…
Walaupun benci, tapi sebagai isteri… Minah telah
menguruskan pengebumian suaminya dengan baik..

Seminggu selepas itu.. Jiran tetangga amat kehairanan
melihat Minah yang langsung tidak merasa takut
dengan ugutan suaminya dahulu.

“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?”
tanya jirannya.

“Tidak !” jawab Minah. “Biarkan saja dia mengorek
tanah….
Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!!!”

Facebook Comments

Comments are closed.

Close