Gelak Santai: Lawak Telur, Guru & Aisyah



Telurnya mana?

Amin telah diminta oleh ibunya untuk ke kedai membeli telur. Dalam perjalan Amin ke kedai dia telah melihat satu kemalangan yang dasyat. Amin segera berlari pulang ke rumah dan mengceritakan kemalangan dasyat yang telah dia lihat. Amin terlupa yang tujuan asalnya adalah untuk membeli telur untuk ibunya.

Amin: Dasyat bu kemalangan tadi. Pemandu kereta tu tercampak ke kiri, tangan kanannya putus ke kanan dan…

Ibu: Telurnya mana Amin( celah ibu amin menanyakan telur yang dipesan)

Amin: Err… Tak perasan pula Amin telur orang tu tercampak ke mana.

————————————

Guru

Seorang guru telah dibicarakan di makhamah atas sebab melanggar lampu merah.

Hakim: Awak seorang guru ya?

Guru: Ya yang arif.

Hakim: Sudah lama saya menantikan saat ini.  sekarang awak ambil sebatang pen dan kertas. Tulis “saya tidak akan melanggar lampu isyarat lagi” sebanyak seribu kali sekarang!

Guru: ???

—————————————–

Aisyah

Seorang pencuri telah mengikat sepasang suami isteri untuk dibunuh selepas menyamun rumah mereka.

Pencuri: Sebelum aku bunuh kamu, aku ingin bertanya nama kamu berdua. Ini kerana aku akan menyimpan nama-nama orang yang pernah menjadi mangsaku. Kamu mula dulu! Cakap namamu!

Aisyah: Namaku Aisyah…

Pencuri: Aisyah? Nama itu sama dengan nama ibuku. Jadi aku tidak akan membunuh kamu. Hah! Kamu pula. Cepat beritahu namamu!

Yusoff: Namaku Yu…Yusoff…Tapi semua orang memanggilku dengan nama Aisyah juga…

Pencuri: !!!!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close