Ego seorang Blogger

Kebelakangan ni kerap betul Belalang mengalami sakit kepala. Telan ubat tak sampai 4 jam dah telan lagi 2 ketul ubat. Tak tahan punya pasal Belalang dah beli ubat sakit kepala yang super power punya kesan. Ubat tue kena makan setengah biji ja dah memberi kesan. Kalau ambil satu biji rasa-rasa boleh terbang ke awan pe Belalang. Hahaha…

Tajuk entry Belalang nih macam something je kan? Ego seorang blogger? Blogger nih ego ke? Ok, meh sini Belalang nak cerita satu pengalaman yang Belalang kutip sepanjang Belalang berblog. Dalam pemerhatian Belalang, kebanyakkan blogger memiliki ego masing-masing. Dengan ego ini la membuat beberapa blogger menjadi dia unik dan kelihatan matang dalam penulisan dan juga maklumat yang ia sampaikan.

Maksud ego kalau dirujuk dari Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud:

“persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya”.

Belalang bagi dua contoh maksud ego blogger dari kaca mata Belalang. Ariff Shah pernah mengkritik atau menegur mengenai persembahan blog redmummy.com melalui contest yang red mummy sendiri anjurkan. Sekali imbas kata-kata Ariff Shah kelihatan pedas. Mengapa Ariff Shah seberani itu mengkritik Red Mummy? Ini kerana Ariff Shah mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dia tahu apa yang dia perkatakan itu betul dan dia sememangnya arif dalam hal-hal itu.

Contoh yang kedua, entry yang pernah ditulis oleh tubelawak mengenai konspirasi fida aishah. Tube Lawak mengetahui yang Fida Aishah bukan calang-calang blogger kerana Fida memiliki peminatnya tersendiri yang berjaya Fida kumpul melalui penulisannya. Namun Dia tetap berani mengetengahkan beberapa fakta pasal Fida dan Belalang yakin, sebelum entry itu ditulis, Tube Lawak telah menimbang baik buruk perkara yang ia tuliskan. Namun bersandarkan atas beberapa fakta dan ‘ego’ Tube Lawak, dia berani juga mengetengahkan isu berkenaan. Itu juga dipanggil ego.

Maksud Belalang korang perlu yakin dengan kata-kata korang sebelum korang mempengaruhi orang lain untuk mempercayai penulisan korang. Perkara itu sangat penting. Sangat merbahaya sekiranya korang tak dapat menyangkal atau mejawab kembali soalan-soalan yang diajukan oleh pembaca korang berkaitan isu yang korang ketengahkan. Perbuatan itu akan kelihatan seperti korang mengada-ngadakan hal itu supaya blog atau penulisan korang menjadi sensasi. Lain la kalau cerita atau maklumat itu korang just copy/paste dari mana-mana sumber. Namun itu juga merbahaya kerana korang perlu mengsahihkan dahulu perkara itu sebelum korang mensensasikan hal itu.

Apabila korang sudah mempunyai keyakinan dengan penulisan korang, percayalah walau diasak dengan soalan macam mana pun dari pembaca, korang tentu boleh menjawabnya. Jadilah penulis blog yang ego. Bukan ego pentingkan diri sendiri tau. Tapi ego yang bermaksud mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan juga harga diri.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close