Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan Iran (15/11/2010)

Jika dilihat permainan Malaysia menentang Iran sebentar tadi, memang kelihatan jurang perbezaan yang ketara dari segi taktikal dan juga kelajuan. Malaysia begitu sukar mahu mengekang asakan-asakan yang dilancarkan oleh skuad Iran yang mempunyai ranking jauh lebih baik dari skuad kita.

Bermain tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan, Malaysia hanya mampu bertahan dan bertahan setiap kali diasak oleh serangan Iran. Separuh masa pertama Malaysia berjaya mengekalkan keputusan tanpa jaringan.
Namun separuh masa kedua telah memusnahkan harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya seri dan mengheret Iran ke tendangan penalti. Tiga gol jaringan pemain Iran minit 53, 60 dan 67 telah cukup untuk melayakkan Iran ke peringkat seterusnya.
Minit 85 pengadil telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Malaysia apabila Khairul Idlan Talaha dikasari dalam kotak penalti. Hasilnya Malaysia berjaya memperolehi 1 gol saguhati yang dijaringkan oleh Khairul Idlan Talaha.
Keputusan penuh Iran 3, Malaysia 1.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close