Bola Sepak Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia Lawan China (13/11/2010)

Hampa… Apalagi yang boleh diperkatakan dengan perlawanan diantara Malaysia menentang China yang berakhir dengan China Menang 3-0 ke atas Malaysia. Tampak jelas yang mutu pengadilan berada pada tahap yang amat-amat mengecewakan.

Seawal minit pertama lagi pengadil dari Australia, Benjamin Williams telah melayangkan kad kuning pertama pada pemain Malaysia Mahali. Hasilnya pada minit ke-25 Mahali sekali lagi dilayangkan kad kuning sekaligus kad merah yang membawanya keluar padang. Kapten pasukan Malaysia Safiq yang membantah keputusan pengadil turut dilayangkan kad merah manyaksikan Malaysia terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain.

Tersentak dengan keputusan pengadil, Malaysia terpaksa bermain dengan corak bertahan. Tamat separuh masa pertama Malaysia berjaya mengekalkan keputusan 0-0

Bermula visel babak ke-2 pemain-pemain China terus mengasak ke pintu gol Malaysia  bagi memecah kebuntuan tanpa jaringan. Dan pada minit ke-62 China berjaya memperolehi gol pertama oleh Li Jian Bin sebelum Hong Lingue menambah satu lagi gol pada minit 65.

Minit ke-80 sekali lagi pengadil mengarahkan pemain Malaysia keluar meninggalkan padang dengan melayangkan kad kuning ke 2 kepada Kunalan dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan china yang menghasilkan gol ke-3 pasukan china.

Tamat permainan China 3, Malaysia 0.

Klik sini untuk melihat keputusan Malaysia Menentang Iran

Facebook Comments

Comments are closed.

Close