Blog Review: Terima Kasih gnesop.com

Setelah lama menanti giliran blog Belalang untuk diulas oleh saudara Sop, akhirnya pagi tiba giliran blog SBT untuk di review/ulas telah pun tiba. Belalang mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kesudian Sop memberi pandangan kepada blog SBT. Pandangan orang-orang seperti Sop penting bagi memperbaiki lagi imej, edentiti dan persembahan SBT untuk masa-masa akan datang.

Print Screen dari gnesop.com

Komen yang ditinggalkan oleh Sop

Tujuan Belalang menyertai program review blog dari Sop atas satu sebab. Belalang dapat mengesan yang blog Belalang pernah disinggah oleh blogger-blogger otai lama. Belalang tak pasti pulak mereka hanya datang sekali atau sudah beberapa kali. Namun begitu mereka tidak meninggalkan jejak persinggahan mereka diblog ini samada komen entry,follower atau kotak jerit(mane ade blogger lama yang tinggal massage di shoutmix?)

Hal ini telah menyebabkan Belalang tertanya-tanya mungkin blog Belalang mempunyai apa-apa masalah atau mungkin juga blog SBT bukan taste blogger-blogger lama nih suka? Ntah la. Namun Belalang tetap mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger lama (mereka ini ada antaranya menjadi inspirasi Belalang dalam berblog) yang sudi singgah blog Belalang. Mungkin juga mereka hanya ingin menjadi silent reader.

Berbalik pada program review Sop, ini sedikit ulasan dari Sop yang Belalang copy/paste:-

Pada pendapat Sop, kebanyakkan blogger telah mengenali blog SBT ini kerana pemilik blog ini yang dikenali sebagai ‘belalang’ adalah seorang yang aktif dalam dunia blogging. Malah, peraduan pertama beliau telah disertai oleh ramai bloggers. Ingin sertai peraduan SBT? Sila rujuk di sini.

Blog SBT yang bermula sejak Julai 2009 mempunyai traffic yang mantap. Sehingga kini, Alexa Traffic Rank ialah ke 263,708 dan Traffic Rank di Malaysia ialah ke 849. Jumlah follower sehingga hari ini ialah 600 orang. Tahniah diucapkan kepada Belalang.

Review penuh mengenai blog SBT klik sini.

Belalang tak pasti lak yang Sop masih lagi menerima peserta baru atau tidak untuk program review nih. Tapi sekiranya korang berminat untuk mendapatkan pandangan Sop mengenai persembahan blog korang, boleh la korang try join program nih. Bagi Belalang, padangan Sop mengenai blog ini kebanyakkan adalah tepat dan memang perlu Belalang beri perhatian kepada beberapa teguran Sop.

Akhir kata dari Belalang semoga Saudara Sop akan terus maju dan semakin hebat dengan blognya yang bertag line Riwayat Hariku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close