Aku Selalu Komen Entry Kau… Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku? – Bhg 2

Ini adalah entry sambungan daripada “Aku Selalu Komen Entry Kau… Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku?” bahagian satu kelmarin. sebelum Belalang melalut lebih jauh, Belalang nak mintak maap dulu dengan sape-sape yang terasa dengan entry Belalang kelmarin tue… Err… Ade ke yang terasa? Hee…
Sebenarnya Belalang takde sentap or terasa dengan sape-sape. Belalang enjoy sangat berblog. Belalang enjoy tulis entry, Belalang enjoy blogwalking dan Belalang enjoy sangat membaca entry dari blogger-blogger lain dan yang paling penting Belalang tinggalkan komen dengan seikhlas hati tanpa mengharap apa-apa. Bagi Belalang korang semua hebat dan ade kekuatan tersendiri dalam setiap entry yang dihasilkan. Bukan senang untuk menarik minat pembaca kita untuk membaca setiap patah perkataan kita hingga tamat. Perlu ada sedikit ‘aura’ pada penulisan kita untuk membuat pembaca membaca hingga tamat entry.
Entry kelmarin tue sebenarnya bukanlah luahan perasaan seperti yang korang bayangkan (walaupun awal berblog dulu pernah sentap dengan seseorang). Tujuan sebenarnya ialah Belalang nak tengok apa komen korang mengenai isu ‘komen dibalas komen’ sebab pada pemerhatian Belalang isu itu macam tak pernah abis dalam dunia blog. Dalam banyak-banyak komen yang diterima, Belalang tertarik dengan satu komen nih:-

——————————-

hish2 marah ni?
tapi dulu mase i mula2 ade belog..i komen la punye pnjang kat entry die..tp..tp..die reply komen2 org lain..xreply komen saya..
so i thot die terlepas pndang..then i komen2 jugak entry2 die elpas tu..then die xreply jugaak..
so i try nk tgok camne die kn..i byak2 la tingal my link..nk tgok apa reaksi die..ternyata..hampa doh..die xkomen my entry..xbg respon..mentang2 mase tu..follower i dlm 4 org..die dh beriban2.kecik ati kn..


so now..i pon xnk readers i rasa camtu gak..so sebolehny2 i try tuk reply komen2 diorang..kalu xreply..i akn ckp kat bwah entry tu thanks pada yag komen.kalu ade mase..i reply semua kat entry..
mklumlah..kekangan masa nk pergi ucap2 thanks kat semua kt blog diorang xsempat kn..


yg penting..dlm blog..hati ikhlas..xde blog xbagus n xde belog otai..kn?betul x?


Nurulbadiah Lai

——————————-

Ya, inilah masej yang Belalang cuba sampaikan. Hargai pembaca blog kita sebelum mereka meluat dengan kita. Belalang paham ada sesetengah blog tue visitor untuk satu hari terlalu la banyak. Dan komen yang diterima jugak banyak bebenor. Selain dari membalas komen diblog korang sendiri, cuba la pikir cara lain untuk menghargai pembaca anda. Macam mana? Guna la kreativiti sendiri. Contoh macam cari reader yang paling banyak komen di blog korang setiap bulan. Pastu buat la sedikit review mengenai blogger tue. Sekurang-kurangnya dia terasa dihargai walaupun korang tiada masa nak jenguk blog dia.

Masej kedua pula, seboleh-bolehnya korang tinggalkan komen di satu-satu entry tue dengan ikhlas. Maksudnya tak mengharap yang blogger itu juga akan membalas komen di entry korang. Hal ini untuk mengelakkan korang dari rasa tertekan sebab pikirkan hal-hal remeh begitu. Bila dah tertekan mula la kuar entry macam Belalang tulis kelmarin. Hee…

Dan yang terakhir perlu korang tau ialah tak semua orang enjoy atau minat dengan entry yang kita tulis. Maksudnya kalau tiada komen di entry, mesti ada something wrong. Cuba repair balik mane-mane bahagian yang korang rase kurang. Lama-kelamaan tentu ada jugak yang akan drop komen. Belalang jugak jarang drop komen pada entry yang terlalu personal contoh macm “harini aku kuar makan rojak buah dengan S sambil menikmati sepinggan laksa penang di Sea Gate. Sungguh indah saat itu. kami tertawa dan bla bla bla”… Sumpah Belalang tak tinggal komen atau baca sampai abis sebab tak tau nak komen pe.

Dan yang paling penting adalah enjoy dengan dunia blog. Tak nak sentap-sentap ok.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close