Aku Selalu Komen Entry Kau… Tapi Kenapa Kau Tak Pernah Komen Entry Aku? – Bhg 1

Aku bengang gile la dengan kau… Aku tau la kau blogger glemer. Semua orang berebut-rebut nak terjah dan tinggalkan komen pada setiap entry yang kau tulis. Aku jugak seperti mereka-mereka itu. Setiap tulisan engkau aku baca dari mula sampai habis. walaupun kadang entry kau tue macam sampah, tapi aku tetap setia membaca dan seperti biasa selepas habis baca, aku akan tinggal komen pada entry kau.
Aku mengharapkan kau juga akan selalu datang dan melakukan seperti yang aku lakukan pada kau walaupun aku tak pernah menyatakan dengan jelas disebalik setiap komen yang aku tinggal. Namun hatiku hampa… Kau tak pernah menghargai aku. segala komen aku dan kehadiran aku kau buat-buat tak nampak jer. Ntah-ntah kau langsung tak pernah amik kisah tentang kunjungan aku ke blog kau. Yela, visitor blog kau satu hari sampai riban-riban.
Atau mungkin sebenarnya kau memang tak suka aku tinggal komen atau lawat blog kau? Kalau betul macam tue kau berterus terang la dengan aku. Takde la nampak aku nih macam terhegeh-hegeh kat kau!
Last yang aku nak cakap, biarlah hanya aku seorang saje yang terasa begini dengan sikap kau. Jangan kau buat perangai begitu pada semua pengunjunga kau. Aku takut hari yang mendatang sampai takde sape dah nak sudi baca atau singgah blog kau dek kerana terasa dengan sikap kau yang macam belagak jer. Cubalah belajar menghargai orang-orang yang pernah menyanjungi kau yea… Babai…

Cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan blogger otai, blogger picisan, blogger bawah tanah dan lain-lain blogger. Nak tau cerita diatas tue pasal pe? Tunggu sambungan dia yea…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close