Aku Ratapi

Banyak betul kenduri hari nih. Kalau nak dikira kesemua jemputan sebanyak enam kenduri yang Belalang perlu penuhi. Tapi memandangkan kedai Belalang tiada pekerja buat masa sekarang, jadi Belalang hanya sempat penuhi satu jemputan kenduri.

Awal pagi tadi pukul 5 baru Belalang sampai ke rumah bersama Mrs. Belalang selepas selesai menyiapkan meja makan pengantin dan pelamin. Time cuti sekolah macam ni la nak buat duit lebih sikit. Letih badan tapi berbaloi.

Mesti korang kata blog macam ganas tapi rupanya ‘pak andam’ Belalang nih…. Hahaha… Nak buat macam mana. Mat metal pun kene cari makan jugak ye tak. Lagi-lagi dah berkeluarga lagi la nak kena kerja kuat cari duit. Buat la keje apa pun janji halal dan sumber yang diredhai.

Lagi pun mat-mat metal macam Belalang nih sebenarnya ada jugak kelembutan dia. Tak caya korang dengar lagu kat bawah nih. Dengar lirik yang puitis dan muzik yang mendayu-dayu dari As-Sahar nih, memang terbukti yang mat metal juga ada jiwa sentimental (macam Belalang…hee)

Aku Ratapi

hadirmu bagai awan berkala
yeri cetera mimpi
gemilangnya kita sejiwa
di bawah pepayung ungu
benakku mula goyah bercinta
padamu ku curah rasa cinta
aku di buai khayalan
kita di pentas peterana….
bila disinari kerdipan dian
aku percaya dikau ratna ku
masakan hatiku tiada tertawan
pada anggun satu wajah
yang menyerlah…..
aku ratapi satu nostalgia
kau lemaskan hati saliku ini
aku ratapi setiap pertemuan
masih lagi ku merasai cinta(dipintu hatimu)….
aku ratapi gelora kau curah
antara kita dimanakah asmara
aku ratapi dinginnya hatimu
menutup ruang tiada bisaku menabur raksi……
aku ratapi takdir kegagalan………..

Facebook Comments

Comments are closed.

Close