Trafik S.B.T Bulan September

Selamat Berhujung minggu semua. Ada open house lagi ke arini? Sure la kan. Tambah-tambah di hujung-hujung syawal macam nih. Lagi la banyak open house dibuat.

Dalam mencari idea nak update blog, tiba-tiba Belalang dapat idea untuk buat satu enty berkenaan trafik Suara Bawah Tanah (S.B.T). Tujuan Belalang bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ke atau sebaliknya. Apala yang nak dibanggakan dengan trafik yang turun naik di S.B.T nih. Tapi ada perkara lain yang membuatkan Belalang tergerak untuk buat entry ini. Belalang nak berterima kasih pada seseorang. Siapa? Jom tengok dulu print screen yang Belalang amik nih.

Kalau korang tengok trafik Belalang pada 12 September ke atas tuh naik gila-gila punya. Minggu-minggu lain takde pulak macam tuh. Kalau korang ingat, time tue la timbul berita yang menggembarkan tanah air kita. Ya, tidak lain dan tidak isu Sosilawati dibunuh. Bukan niat untuk memanipulasikan kes itu untuk trafik Belalang. Tak terlintas langsung. Cuma selepas sahaja Nightline TV3 laporkan yang 4 mayat di jumpai dipercayai Sosilawati dan lain-lain, Belalang terus search di internet. Malangnya tiada lagi berita sahih mengenai penemuan itu. Lantas Belalang pun buat satu entry bertajuk Sosilawati Mati DibunuhDengan Kejam? dan Belalang antara blogger yang terawal gunakan keyword sosilawati dibunuh. Itu yang trafik mencanak naik tu. Tapi lepas tu jatuh balik la bila dan ramai blog yang tulis hal itu termasuk la mereka yang mempunyai pagerank(PR) lebih baik.
Keyword pula sudah semestinya berkaitan dengan Sosilawati yang banyak di Google oleh mereka-mereka yang ingin mengetahui perkembangan kes itu. Ha, sekarang meh kita tengok penyumbang trafik terbesar Belalang datang dari mana.
Ya, inilah yang ingin Belalang tunjukkan. Penyumbang trafik terbesar blog Belalang. Bukan saja untuk bulan September tapi sebenarnya setiap bulan Belalang menerima trafik dari blog blogger hebat nih. Sape lagi kalau bukan Nurizspace! Nuriz juga tidak loket ilmu dan senang sekali untuk Belalang menanyakan sesuatu yang Belalang tidak tahu dalam dunia blog. sekali lagi Belalang nak ucapkan terima kasih kepada Nuriz sebab banyak membantu Belalang dalam meneruskan perjalan blog S.B.T. Dan kepada yang selalu singgah ke sini juga Belalang nak ucapkan terima kasih dan Belalang sangat-sangat menghargai sumbangan trafik korang. Akhir kata dari Belalang, jom kita cari trafik dengan cara jujur dan diredhai… Hee…
Facebook Comments

Comments are closed.

Close