Sekadar Berkongsi Pengalaman

Belalang ada satu kisah yang ingin dikongsi dengan korang semua. Kisah ini bukanlah nak membangkitkan isu-isu sensitif yang berlaku kebelakangan ini. Sekadar perkongsian beberapa pengalaman yang Belalang perolehi dan membuat Belalang terfikir sesuatu.

Pada masa sekolah dulu Belalang pernah menuntut di sebuah sekolah menengah cina sebelum sekolah itu ditukar menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan. Sekolah itu memang agak terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang nakal (tak termasuk Belalang tau. Belalang baik). Dan disuatu petang tika Belalang menuntut di tingkatan dua, cikgu-cikgu telah mengadakan suatu mesyuarat. Mesyuarat apa? Ntah Belalang pun tak tau sebab apa. lagi pula memang biasa pun guru-guru bermesyuarat. Kan?

Gambar hiasan daripada Google

Kelas ditinggalkan guru seketika. Pelajar dibiarkan membuat kerja sendiri. Tidak berapa lama selepas itu guru kelas kami, seorang cikgu perempuan melayu kembali ke dalam kelas. Tetapi aneh, cikgu tidak terus memulakan pengajarannya sebaliknya hanya termenung memandang keluar kelas. Untuk beberapa ketika cikgu masih seperti itu. Belalang dan sahabat Belalang sebagai pelajar yang kaki bodek memang rapat dengan cikgu, terus menghampiri cikgu dan menanyakan isi mesyuarat sebentar tadi. Kami agak perubahan cikgu itu ada kaitan dengan mesyuarat yang baru selesai sebentar tadi.

Sangkaan kami itu tepat sekali. Perubahan sikap cikgu memang ada kaitan dengan mesyuarat yang baru selsesai sebentar tadi. Menurut cikgu, tuan pengetua yang seorang berbangsa cini telah membangkitkan suatu isu. Kata tuan pengetua…

“Pelajar melayu sekolah ini terlalu banyak meminta. Minta diadakan itu la, minta diadakan ini la. Pelajar melayu seharusnya sedar ini sekolah cina, mereka hanya menumpang di sekolah ini!” Kata tuan pengetua dengan tegas.

Hampir kesemua cikgu melayu tertunduk mendengar kata-kata pengetua itu. Tak sangka yang tuan pengetua menganggap yang pelajar melayu di sekolah itu sebagai menumpang. Disebabkan perkara itu la cikgu kelas Belalang terus berasa sedih. Berkali-kali dipesan pada Belalang dan kawan Belalang supaya belajar elok-elok. Tunjukkan tingkah-laku yang baik di sekolah supaya tidak lagi dihina oleh bangsa lain.

Gambar hiasan daripada Google

Ini pula kisah dialam pekerjaan. Belalang mempunyai beberapa pengalaman kerja dengan syarikat-syarikat perumahan dan arkitek yang kebanyakkan dipunyai oleh tokey cina. Kisah ini berlaku ketika Belalang berkhidmat dengan satu syarikat kontraktor dimana Belalang memegang jawatan sebagai penyelia tapak (site supervisor). Namun begitu Belalang bukanlah seorang tunggal yang membuat keputusan di tapak binaan kerana ayah kepada tokey Belalang juga sentiasa berada di tapak binaan sebagai pemerhati. Kebanyakkan keputusan yang Belalang nak buat, Belalang perlu berbincang dengannya terlebih dahulu.

Malangnya bapa tokey bukanlah seorang yang ramah atau mudah mesra. Hampir setiap hari ada saja kata-kata yang menyakitkan hati dikatakannya pada Belalang. Antara kata-kata orang tua itu yang masih tergiang-iang ditelinga Belalang adalah orang melayu kaum malas, suka mencuri, kedekut dan cakap tipu. Hampir hari-hari ada saja kata-katanya yang menyentuh mengenai bangsa Belalang dikatakannya pada Belalang tanpa rasa bersalah atau apa. Dan pernah suatu hari ketika Belalang ingin keluar membeli beberapa barangan untuk digunakan pada tapak binaan, bapa tokey berpesan begini pada Belalang.

“Lu kalau mau beli barang, kasitau itu kedai lu kerja dengan tokey cina. Pasai arr, lu orang melayu kalau beli barang sama orang cina, lu orang tak akan dapat harga yang macam kami cina sama cina beli”… Berkali-kali ayat itu dipesan pada Belalang.

Itu la dua kisah yang sengaja ingin Belalang kongsikan dengan korang semua. Tiada niat nak membangkitkan apa-apa isu. Cuma mungkin disebabkan perkara-perkara yang pernah berlaku pada Belalang seperti di atas, maka Belalang semakin dewasa untuk melalui hri-hari Belalang lagi-lagi dalam negara yang berbilang kaum ini.

Mengapa tiba-tiba Belalang menceritakan hal ini? Kerana Belalang terpikir sekiranya benda-benda itu berlaku pada masa-masa sekarang ini, tentu perkara ini akan dibangkitkan sebagai isu racist. Tentu pengetua sekolah yang Belalang ceritakan itu akan menerima nasib yang sama seperti hukuman yang dikenakan pada pengetua Puan Hajah Siti Insyak Binti Mansyor. Mungkin juga Namawee akan membuat lagu mengutuk tindakan pengetua cina itu pula. Sape nak tau kan? Namawee kan bencikan racist….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close