Rintihan Pengguna Celcom Broadband

Belalang adalah seorang pengguna celcom broadband. Agak lama Belalang menggunakan perkhidmatan internet dibawah talian celcom. Ini kerana di kawasan Belalang, Kulim, talian celcom memang berada dalam kategori terbaik. Buat masa ini Belalang menggunakan celcom broadband dengan cara top-up minggu-minggu iaitu RM20 untuk 1 minggu. Belalang amat berpuas hati dengan capaian internet celcom broadband.
Namun baru-baru ini Belalang terperasan yang perkhidmatan celcom broadband selalu menghadapi masalah. Talian seolah-olah tidak begitu kuat dan selalu terputus-putus dengan kerapnya. Contoh seperti hari ini. Belalang baru sahaja memasukkan top-up sebanyak RM20. Belalang hanya sempat melayari internet dalam 30 minit sebelum tiba-tiba talian terputus dan tidak dapat disambung semula.
Hal ini menyebabkan Belalang berasa rugi sangat-sangat. Sekiranya tahu yang talian tiada lebih baik Belalang top-up lambat sedikit. Ini telah merugikan Belalang kerana masa seminggu yang diperuntukkan untuk sekali perkhidmatan telah mula berjalan.
Tentang masalah talian yang kerap terputus dan agak perlahan ini bukan hanya disedari oleh Belalang seorang. Malahan beberapa orang lagi sahabat Belalang yang menggunakan talian celcom broadband merungut tentang masalah yang sama.
Belalang berharap pihak celcom dapat megatasi masalah ini secepat mungkin. Dengan persaingan yang semakin banyak dari lain-lain syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet dengan kadar bayaran yang lebih berpatutan, Belalang khuatir yang pengguna-pengguna setia celcom broadband akan beralih menggunakan perkhidmatan internet dibawah syarikat lain. Sebagai pengguna, Belalang mengharapkan perkhidmatan yang diberikan setimpal dengan bayaran yang dibuat.
Semoga celcom akan mengatasi masalah ini secepat mungkin.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close