Janin Ditanam Pasangan Kekasih Terlanjur

KOTA KINABALU: Sangka seorang remaja beg plastik yang dibawa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di pekan lama Inanam, di sini, kelmarin, mengandungi sesuatu yang berharga ternyata silap kerana ia sebenarnya berisi janin bayi dipercayai dibuang sepasang kekasih terlanjur.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu.
“Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.
“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.
Khairul berkata, dia menyangka pasangan terbabit menanam sesuatu berharga dan selepas beberapa minit, mereka terus beredar.
“Selepas mereka beredar, saya ke tempat itu dan melihat kesan tanah seperti baru digali lalu menggali hingga menemui beg plastik hitam.
“Saya membawa pulang bungkusan itu ke rumah terletak kira-kira 100 meter dari kawasan lapang terbabit,” katanya.
Katanya, sebaik tiba berhampiran rumah, dia membuka plastik itu dan terkejut menemui ketulan daging kemerah-merahan seakan daging haiwan lalu memanggil kakak dan adiknya.
“Kakak saya yang memeriksa ‘daging’ berkenaan mengesahkan ia adalah janin manusia dan segera memberitahu ayah sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

———————————————
** Satu Lagi kes buang bayi oleh manusia berhati syaitan. Apa la nak jadi dengan remaja Malaysia sekarang nih…
Facebook Comments

Comments are closed.

Close