Hargai Nyawa Kita

Hidup kita didunia ni sebenarnya singkat sangat. Umpama mimpi dan bila kita tersedar nanti, itu barulah kehidupan kita yang sebenarnya disana.

Orang cakap malang tak berbau. Betul tu. Kalau kita boleh tau bila sesuatu yang buruk akan berlaku pada kita, tentu kita akan membuat persediaan lebih awal seperti kalau dah tau jap lagi nak terpotong jari, sure awal-awal lagi kita dah prepare ubat atau kita tak pegang lansung pisau pada hari tu. Kalau tahu esok kita akan jatuh motor, sudah tentu esok kita tak naik motor. Naik kereta atau bas untuk mengelak dari malang naik motosikal.

Tapi apakan daya kita memang tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa hadapan. Walaupun perkara itu telah kita rancang, namun perancangan itu belum tentu akan terlaksa atau berjalan seperti yang dirancang.

Oleh itu hargailah nyawa kita ini sementara masih lagi mampu bernafas dan berjalan dengan sihat di muka bumi ini. Lakukan seberapa banyak kebaikkan agar ia akan membantu kita di sana kelak.

Belalang sudahi entry kali ni dengan sedikit sedutan video yang agak best dengan tujuan kita lebih menghargai nyawa kita.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close