Bola Sepak: Selangor Dan Kelantan Didenda RM115,000

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.

Itulah keputusan yang diperolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka.

Sumber Utusan Online.

—————————————————————

Akibat perbuatan penyokong, kelab dan pasukan yang terpaksa menanggung. Kepada penyokong, tak kira la dari pasukan mana pun jadikan ini pengajaran.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close