Berblog Untuk Mencari Pasangan Hidup?

Tajuk kali ni panas sket. Kepada blogger-blogger sekalian meh rapat-rapat sket. Nak ajak gosip nih. Gosip yang lebih panas daripada yang Melodi TV3 laporkan. Lagi kick dari majalah mangga. Lagi masyuk dari rancangan Akademi Fantasia (ayat tak ingat punya). Hahaha…

Berblog ni sebenarnya sama macam lain-lain laman sosial jugak. Same juga seperti Facebook, Myspace, Friendster dan lain-lain laman sosial. Cuma yang mungkin membezakan sedikit blog dari yang lain-lain laman sosial ialah di blog nih kita siap leh buat karangan tentang hidup kita atau apa-apa perkara yang kita nak kongsi dengan pembaca kita.

Dah ramai kita dengan yang ada sesetengah pasangan itu menemui teman hidupnya melalui laman-laman sosial yang Belalang sebut diatas. Contoh paling senang adalah Harith Iskandar yang menemui pasangan hidupnya Jazamine Lim melalui Facebook.

Berblog untuk mencari pasangan hidup? Siapakah blogger itu? Benarkah mereka berblog untuk mencari pasangan hidup? Jeng jeng jeng!!! Inilah yang Belalang nak cerita nih.

Sebenarnya Belalang belum lagi menemui mana-mana blogger yang bercinta sesama blogger. Kahwin sesama blogger? Lagi la Belalang tak pernah jumpa atau dengar. Jadi entry nih sebenarnya Belalang nak tanya je kat sini sape yang sedang bercinta sesama blogger atau ada yang percintaannya berkekalan dan membawa hingga ke jinjang pelamin? Kalau ade drop la komen disini. Belalang nak tau ade ke tidak situasi blogger bercinta blogger nih… Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close