Berakhirnya Zaman Filem VCD

Satu masa dulu sekitar awal tahun 2000 industri perfileman di Malaysia mengalami sedikit kemerosotan dari segi jumlah kutipan filem yang ditayangkan di pawagam. Agak teruk juga industri filem kita sebelum tu memandangkan ada beberapa syarat ketat dalam menerbitkan filem di negara kita yang perlu dipatuhi oleh pengarah-pengarah kita.

Sehinggalah munculnya satu idea dari seorang pengarah untuk menghasilkan filem didalam bentuk VCD. BLOK 404 (klik pada tajuk untuk sipnosis) hasil karya dari  pengarah Silver Chung dan skrip oleh Lim Chen Chen benar-benar mencetus satu fenomena baru dalam penghasilan filem di negara kita. Kebanyakkan pengarah berlumba-lumba untuk menghasilkan filem melalui CD atas faktor kos yang lebih murah dan syarat yang tidak terlalu ketat oleh pihak penapisan filem. Sambutan penonton terhadap filem yang bergenre seram hasil sentuhan anak tempatan waktu itu amatlah menggalakkan (masing-masing dah muak dengan filem tangkap leleh yang berlambak time tue).

Selepas itu industri filem kita kembali meriah dengan filem-filem dari VCD ini. Ada yang benar-benar berkualiti dari segi jalan cerita, ada juga yang tajuk jer gempak. Belalang juga pernah terkena tempias zaman ini hingga banyak juga VCD cerita seram yang Belalang kumpul antaranya Blog 404, Kem 505, Momok, Kelibat dan beberapa lagi judul CD yang belalang dah tak ingat namanya. Penghasilan filem melalui CD tetap juga rancak hinggakan menjadi lambakkan pula sebab ada sesetengah cerita CD nih langsung tiada orang yang membeli.

Dan akhirnya muncul sebuah filem dari Prof. Razak Mohaideen iaitu MISTIK (klik pada tajuk untuk sipnosis). Walaupun filem ini mendapat banyak kritikan yang positif dan negatif (negatif lagi banyak dari positif kot) namun kita harus akui filem ini pencetus pada kerancakkan industri filem kita pada hari ini. Dan kita harus berbangga kerana filem-filem kita kini semakin meningkat mutunya hingga ada di antara filem-filemyang dihasil pernah menerima anugerah dari festival-festival di luar negara.

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak penapisan filem negara untuk mana-mana pengarah menghasilkan filem yang pelbagai genre untuk tayangan layar perak, maka industri penghasilan filem CD pun mengalami kejatuhan malah rasanya tiada langsung mana-mana pengarah yang berminat untuk menghasilkan filem melalui CD.

Mengapa Belalang tiba-tiba membebel pasal hal nih? Sebab Belalang anggap itu sebagai satu fenomena besar yang telah berlaku pada industri filem negara kita dan tak salah jika dikatakan sebagai titik mula untuk perkembangan industri perfileman negara. Belalang masih terbayang macam mana Belalang ke kedai CD untuk membeli CD-CD ini. Dan apabila pulang ke rumah pasang dan tonton beramai-ramai bersama keluarga. Memang support produk Malaysia betul Belalang nih. Hahaha…

Korang jugak ada tak terkesan dengan zaman filem CD nih?

Incoming search terms:

  • blok 404 sinopsis (50)
  • kem 505 (48)
  • blok 404 (42)
  • kem 505 sinopsis (35)
  • sinopsis blok 404 (21)
  • sinopsis kem 505 (17)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close