Bangga ke? Bukan Patut Malu ke?

Sebenarnya ada something yang Belalang tertanya-tanya semenjak Belalang mula mengenali Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain laman sosial. Persoalan yang berlegar-legar dikepala ni takde la besar sangat tapi selalu membuat Belalang tertanya-tanya. Belalang selalu hairan dengan couple-couple yang kononnya sedang hangat bercinta.

Baik biar Belalang citer slow-slow ape yang Belalang tertanya-tanya tue:


1) Gambar profile atau album
Gambar profile mak aih! Punyalah dasyat. Mengalahkan yang dah berumah tangga. Malu nak citer secara detail. Tapi rasanya korang pun sure pernah terjumpa account orang-orang macam nih kan yang kalau boleh macam nak bagitau satu dunia yang aku sedang bercinta ngan polan si polan nih. Please jangan kacau boyfriend/girlfriend aku. Kalau tak nahas kau aku kejekan! Hee…


2) Status update
Status pula terlalu la memualkan…nak termuntah baca. Bermadah-madah… Biasa la ayat bunga-bunga dalam bercinta. Tapi yang jadi luar biasanya bila macam Belalang tulis pada nombor (1) tadi. Sampai nak bagitau satu dunia yang tengah bercinta tue apehal. Nak bermadah-helah hantar je sms. Same-same korang je yang tau. Tak kan sampai kat orang lain pun nak tunjuk ko romantik!


3) Hubungan
Berkahwin! Padahal kenal tak sampai pun sebulan. Tak tau nak komen pe.




Selalang Beberapa bulan lepas tue, perkara sebegini pula yang berlaku:


1) Gambar Profile
Tiba-tiba tiada lagi gambar boyfriend/girlfriend yang selalu je ade dengan dia di mana-mana gambar dia. Yang ada hanya gambar dia sorang.


2) Status Update
Tiada lagi madah-madah cinta. Yang ada hanya ayat-ayat cinta yang kecundang. Mana pergi janji mu?


3) Hubungan
Terus tukar menjadi bujang kembali.

Sekali lagi selang beberapa bulan lepas tu terjadi balik tiga perkara yang Belalang sebut mula-mula tadi. Kali ni dengan pasangan yang baru pulak. Kembali dapat dilihat gambar sedang laga-laga pipi, kau atas riba aku, aku atas riba kau dan macam-macam lagi aksi mendebarkan. Dan tidak mustahil selang beberapa bulan lepas tue tiga perkara kedua yang Belalang tulis akan berlaku pulak!

Dapat tak apa yang cuba Belalang sampaikan? Dah nama pun remaja, memang tak dapat lari dari cinta monyet. Tukar pasangan macam tukar baju. Tapi sekiranya memang dari awal dah terpikir tidak serius dalam sesuatu perhubungan, lebih baik la tak payah buat macam yang Belalang sebut paling atas tadi. Terutama pada kaum wanita.

Kawan-kawan atau saudara anda yang melihat tentu akan terpikir something jika tengok perangai anda yang macam tue. Kejap terpeluk dengan orang ini, kejap terpeluk dengan orang ini pulak. Sampai hubungan pun tukar jadi laki bini. Padahal tak confirm pun lagi. Bab pakaian jangan cakap la (untuk wanita), Belalang yang tengok pun macam nak terkeluar biji mata.

Jadi Sekarang Belalang nak tanya korang. Bangga ke buat macam tue? Bukan patut malu ke? Pesanan Belalang lebih baik hubungan yang tak tahu hujung pangkalnya lagi tue, simpan dan biar korang berdua je yang tahu. Abis kuat nak tunjuk juga, gambar yang di siar tue biar la yang sopan orang tengok. Jangan over sangat nak tunjuk hubungan korang. Sekurang-kurangnya esok-esok kalau putus pun, takde la kawan-kawan mengata sangat pada korang.

Jaga la maruah korang dan juga keluarga korang. Benda kalau letak dalam mana-mana laman sosial, memang sapa-sapa pun boleh tengok. Kawan ke, abang ipar kakak ipar ke, musuh ke semua boleh tengok dan mengikuti perkembangan korang di situ.

sebelum Belalang stop entry yang serabut nih, Belalang nak minta maaf kalau-kalau ada tulisan yang silap atau apa-apa. Tiada niat mengata sesiapa. Hanya menegur apa yang tak sedap dilihat oleh mata Belalang. Daa…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close