Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku


Sebenarnya Belalang baru saja menghuni rumah Belalang ini pada raya ke-2 aritu. Banyak lagi perkakas dan hiasan yang kurang. Dipendekkan cerita, pada malam Ahad yang lepas Belalang telah memasang langsir dan cermin di ruang tamu rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap kali Belalang menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding atau apa-apapun Belalang akan mamatikan terlebih dahulu kipas siling.

Selang beberapa minit, Belalang siap memasang langsir pada ruang tamu. Kini tiba pula masa untuk Belalang menggantung cermin. Besar cermin tue lebih kurang 3’x6′. Kali pertama menaiki tangga untuk menebuk lubang pada dinding, macam biasa Belalang mematikan terlebih dahulu kipas siling.

Namun, pada kali kedua Belalang menaiki tangga untuk meletakkan cermin dan skru, ketika inilah Belalang telah terlupa sesuatu dan hampir meragut nyawa Belalang. Sebaik sahaja Belalang tiba di atas tangga, sebaik Belalang mengdongak ke atas, tiba-tiba Belalang terasa sesuatu telah melanggar Belakang tengkuk Belalang dengan kuatnya. Hentaman itu sebanyak 2 kali. Hampir-hampir Belalang terjatuh tangga.

Serentak dengan itu, serta-merta satu perasaan seperti loya, sakit tengkuk teramat sangat telah Belalang rasakan. Rupanya Belalang telah lupa untuk menutup suis kipas siling! Kipas di rumah Belalang tidak mempunyai pelarasan kelajuan. Kelajuan kipas itu sudah tersedia pada level 5, paling laju.

Akibat dari insiden itu, Belakang tengkuk Belalang terdapat kesan seperti dilibas/ditetak sesuatu. Nasib baik tidak berdarah. Berapa minit selepas perkara itu, tidak semena-mena perasaan sebak menguasai Belalang. Hampir sahaja perkara itu meragut nyawa Belalang. Namun mungkin Allah masih mahu Belalang meneruskan hidup Belalang. serta-merta Belalang memanjatkan syukur kepada Nya.

Perkara itu telah menyebabkan Belalang berfikir. Nyawa kita boleh ditarik balik dalam sekelip mata tanpa kita sedari. Sapa nak sangka. Tengah seronok bergelak ketawa, tiba-tiba sahaja malaikat telah menjemput kita. Tak dapat Belalang bayangkan bagaimana sekiranya malam itu Belalang kehilangan nyawa. Syukur pada mu ya Allah. Terima kasih kerana masih memanjangkan usiaku.

——————————————————–

Semalam blogger Padinno telah datang bertandang ke rumah Belalang. Walaupun baru pertama kali bertemu namun kami tidak kekok untuk berbual. Terasa macam dah lama je kenal. Belalang Jr. yang pada mulanya menangis melihat Padin (terkejut agaknya bangun-bangun tido tengok ade orang lain dalam umah), selepas itu dia pulak yang beria-ria menarik perhatian Padin. Terima kasih Padin kerana sudi menyinggah ke teratak buruk Belalang nih.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close