Lanjutan Dari Terima Kasih Tuhan Kerana Memanjangkan Usiaku

Pagi tadi Belalang telah menemui doktor untuk mengetahui kesan terkena bilah kipas pada tengkuk Belalang nih ade memberi kesan lain atau tidak. Setelah diperiksa oleh doktor (tak sampai seminit doktor tengok), dia cakap jangan risau sebab tiada tanda-tanda yang luka ini serius. Syukur.
Pada yang meninggalkan komen pada Belalang kelmarin, Belalang ucapkan terima kasih sangat-sangat. Sayang jugak korang kat Belalang yea. Huhuhu…
Ni gambar yang Belalang tak dapat nak upload dari kelmarin. Tadi masa Belalang cuba upload dari blog terus pun masih tak boleh. Terpaksa Belalang upload ke picasa web album terlebih dulu. Pastu baru link kan ke sini.
**Serius cakap, Belalang sendiri pun rasa ngeri semacam bila pikir balik masa kejadian tuh.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close