Belalang Ke dunia Harry Potter?

Sebelum Belalang bercerita dengan lebih lanjut mengenai pengembaraan Belalang ke dunia Hogwart, Belalang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah M.Rajoli atas pemergiannya semalam (10.45mlm) akibat sesak nafas. Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang yang begitu berbakat.

Berbalik kepada tajuk di atas, baru-baru nih Belalang berpeluang berdampingan dengan seorang ahli sihir muda yang begitu terkenal di dunia black magic iaitu Harry Potter. Hampir setiap malam Belalang bertemu Harry dan kawan-kawannya di sekolah magic mereka Hogwart. Pagi tadi hingga pukul 2 pagi Belalang lepak dengar cerita Harry pasal Vedermort.

Sebenarnya Belalang baru membeli DVD compilation cerita Harry Potter dari siri mula, Sorcerer’s Stone, sampai yang terakhir di tayangkan di pawagam, The Half-blood Prince. Belalang tengah amik feel dunia magic Harry Potter sebab cadangnya last episode citer nih nanti  Belalang nak pegi tonton di pawagam.

Jalan citer Harry Potter menarik kerana ia tidak begitu susah untuk difahami dan suasana persekitaran di dunia magic mereka tersangat la mengagumkan. Khabarnya siri terakhir Harry Potter yang bertajuk The Deadly Hallows akan ditayangkan pada November 2010.

Belalang linkkan trailer citer tue disini. Kepada yang minat citer Harry Potter (terutama yang minat pelakon Emma watson, macam Belalang gak…Hee) Jangan lupa untuk menonton siri terakhir ini bulan november nanti ya!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close