Paderi Melayu Dari Singapura: SMS Pula Tersebar

Sedang Belalang bersiap-siap untuk ke masjid bersembahyang Jumaat, tiba-tiba hanphone Belalang berbunyi ada sms yang diterima. Rupanya sms mengenai Paderi melayu yang kononnya baru sampai dari Singapura dan kini berada di Malaysia. Sms itu meminta si penerima supaya forward kepada sahabat-sahabat islam yang lain. Kira macam surat berantai la.

Kelmarin Belalang membaca kisah paderi ini melalui blog kawan-kawan. Di Facebook juga sudah heboh dengan perkara ini. Dan dalam diri ini tertanya-tanya akan kisah ini, muncul pula seorang blogger yang mengakui mengenali paderi itu dan pernah tinggal sekampung dengannya. Korang boleh membaca kisah itu disini. Wajib baca!.

Apa yang Belalang nak cakap, sesuatu perkara yang kita terima itu perlulah kita selidiki benar atau tidak perkara itu. Jangan terus menerima segala cerita yang kita terima bulat-bulat. Lagi-lagi perkara-perkara yang menyentuh mengenai agama. Memang sangat sensitif.

Korang jangan tak tau sebenarnya ada pihak yang iri hati melihat keharmonian kepelbagaian agama dapat tinggal bersama dengan semangat persaudaraan yang kuat di bumi bertuah ini Malaysia. Bermacam-macam cara dilakukan agar negara kita menjadi kacau-bilau. Jangan Sampai perkara-perkara seperti ini menggugat keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close