Namewee: Nafi Klip Videonya Bebaur Perkauman

Namewee atau nama betulnya Wee Meng Chee menafikan klip video terbarunya yang sedang hangat diperkatakan berbaur perkauman. Korang boleh membaca kenytaan itu di bawah ini:-

Namewee berkata, lirik lagu dalam klip video itu menggambarkan perasaannya yang menolak tindakan pihak tertentu memainkan isu kaum selain sebagai tanda menyokong gagasan 1Malaysia cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Beliau yang berasal dari Muar mengakui pemilihan perkataan dalam klip video terbabit agak kasar, namun ia caranya menyampaikan mesej dengan berkesan, khusus kepada golongan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.


“Jika saya tidak gunakan perkataan berat, mesej berkenaan tidak sampai. Klip video itu khas untuk mereka yang bersifat perkauman dan saya sebagai rakyat Malaysia tidak suka kepada golongan itu.


“Saya kecewa kerana dilabel begitu. Saya ada ramai kawan di kalangan orang Melayu, Cina serta India dan saya mahu hidup harmoni seperti orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sumber – Berita Harian.

———————————————————————–

Kepada Namewee, bukan sekali nih baru lu timbulkan masalah bro. sebelum nih pun lu dah pernah buat hal. Lu benci racist? Belalang sarankan lu dengar balik lirik-lirik lagu lu buat sebelum nih. Bukan je berbunyi racist, ade gak yang menyentuh mengenai isu agama. Benci racist konon, tergelak belalang…

**Sori kalau entry ini agak emo… Bukan bermaksud benci-membenci sesama kita. Hanya berharap keamanan sekarang mampu dipertahankan…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close