Mari Belajar Bahasa English

Sebelum kita ke pelajaran bahasa English kita, Belalang nak memohon maaf kepada mana-mana blogger yang jerit di shoutmix Belalang tapi Belalang tak balas balik. sebenarnya Belalang memang terlampau sibuk sekarang nih. Belalang hanya amik sedikit waktu untuk update blog dan juga menjengah ke 2, 3 blog lain yang terpilih. Masa Belalang sangat terhad di bulan puasa nih. Sorry yea kawan-kawan.

Ok sekarang berbalik kita kepada tajuk di atas mari belajar bahasa English. Sebenarnya Belalang bukan la nak ajar korang bahasa english. Belalang sendiri pun still tergeliat lidah ngan bahasa omputih nih. Tapi Belalang nak tekan disini yang betapa pentingnya belajar bahasa english. Sebangang-bangang Belalang dalam bertutur bahasa english, Belalang masih mampu memahami ape yang dituturkan oleh orang lain dalam bahasa itu. Lagi pun kerja Belalang dahulu memerlukan Belalang berjumpa client-client dari luar negara. Jadi sedikit sebanyak Belalang belajar jugak la bertutur dan mendengar dengan baik.

Jangan sampai cakap pun tak tau, orang cakap lagi la sepatah haram tak paham…kalau la udah sampai ke tahap tue, maka jadi la korang macam pic kat bawah nih…

Klik untuk pembesaran gambar

Tak tau nak cakap pe… Adekah disengajakan atau mamat nih memang tak paham sepatah haram dengan tulisan yang tertera di pakaian dia. Sampai dibawa masuk ke masjid baju tue. Jadi sekarang Belalang nak tanya ape pulak pendapat korang?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close