Cerita Kosong Bawah Tanah

Salam Semua. First entry Belalang untuk bulan Ogos. Kejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Bestnya dah nak start puasa. Semoga puasa kali ini Belalang dan anda semua dapat membuat kebaikkan dan menambah pahala sebanyak mungkin.

Macam tu jugak Blog Belalang. Pejam celik pejam celik dah setahun pun usia. Rase macam baru minggu lepas je Belalang buat blog nih. sempena dengan usia setahun bawah tanah, Belalang cadang nak membuat beberapa perubahan kepada blog nih.

First sekali seperti yang korang dapat lihat, bawah tanah dah tak segelap dahulu. Belalang dah pasang lampu minyak tanah kasi terang sket. So korang leh la nampak Belaan-belaan Belalang ternganga kat belakang tuh. Seperti Belalang cakap sebelum nih, blog bawah tanah masih dalam proses penyusunan. Memang agak tunggang langgang sket sekarang. Harap korang bersabar la ye untuk tengok susunan yang lebih kemas.

Satu lagi Belalang dah tak letak Mangga ad pada blog Belalang sekarang. Kenapa? Senang cakap sepanjang menggunakan Mangga Ad, Belalang rasa mangga hanya indah khabar dari rupa. Pasni tak nak dah menduakan makcik Nuffnang. Hee…

Last sekali Belalang nak berterima kasih pada korang-korang yang selalu singgah di bawah tanah. Walaupun ade yang kata takut dengan konsep blog Belalang, tapi dia tetap datang jugak semata-mata nak mengeratkan hubungan sesama blogger. Terima kasih sangat-sangat.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close