Blog review


SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM,
 TIMBUL IDEA NAK REVIEW 1 BLOG NIH…

Sebenarnya Belalang selalu lepak di sini. Tuan blog ni sorang yang sangat friendly, kawan-kawan yang lepak sini jugak tersangat la friendly. Melepak di sini kadang-kadang sampai tak sedar masa yang berlalu. Tengok jam dah pukul 2-3 pagi.

Blog yang Belalang maksudkan diatas ialah blog padinno.blogspot.com atau lebih mesra dengan panggilan Padin. Padin bukan calang-calang orangnya sebab dia antara orang yang bertanggungjawab dalam melahirkan generasi pelapis negara yang berguna, dalam ayat yang mudah Padin adalah seorang tenaga pengajar.


Disebabkan status dia sebagai pendidik, maka entry yang dihasilkan memang mempunyai kata-kata semangat, pengajaran dan nasihat. Dah name pun cikgu, memang la pandai motivasi orang kan. Hee… Sikap Padin yang mudah mesra dan tidak terlalu serius (tapi kalau dia hangin, dia main layang-layang) menyebabkan blogger-blogger merasa selesa untuk berkawan baik termasuk la Belalang. Pandai berkata-kata dan tak lokek ilmu.

Menyentuh mengenai persembahan blog Padin lak semenjak dia tukar template nih kelihatan bertambah kemas dan traffic jugak mencanak naik seperti yang pernah dia tunjuk pada salah satu entry. Nuff jugak tersangat la sayangkan dia hingga dekat-dekat 2-3 BE tengah running kat blog dia. Korang sure hairankan ape yang Belalang buat kat blog padin sampai 2-3 jam leh lepak sanakan? sebenarnya di blog Padin pada bahagian bawah terdapat tempat untuk chat. Padin namekan tempat lepak tuh sebagai Padinno Kopitiam. Tiap-tiap malam mesti ade pengujung setia Padinno Kopitiam. Memang Meriah. Kalau nak rase macam mane heppenin lepak sini, meh try join skali.

Last skali, Belalang harap Padin akan success dan berjaya dalam hidup dan blog padinno. Dan korang-korang yang nak kenal macam mane karektur Padin, jom kita terjah dia ramai-ramai. Biar dian Sampai letih jamu air kopi pada kita… Huhuhu…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close