Unstoppable Penipu!!!

Salam semua… Belalang ade satu story mengenai geng Unstoppable. Sebelum tuh Belalang nak tanya dulu korang kenal tak geng nih? Tak kenal? Korang ade Facebook kan? Kat situ belambak iklan ahli-ahli diorang mencari ahli baru sampai nak termuntah tengok kadang-kadang.

Di Facebook telah ade satu group yang menentang Unstoppable bernama ‘Unstoppable Penipu!!!’. semalam time Belalang jengah page tuh, terkejut jugak lihat begitu ramai sekali yang dah ‘like’ dengan group nih.

Terus terang Belalang katakan Belalang memang tak mengetahui lansung ape yang geng (diorang nih pertubuhan syarikat ke name group tak pasti pulak) Unstoppable nih jual or buat. Tapi Belalang memang tidak begitu tertarik dengan bisnes konsep MLM yang memerlukan kita buat perlaburan besar. Sampaikan terpaksa buat loan dengan bank.

Berniaga belum tentu balik modal, tapi loan dengan bank dah buat. Sekiranya bisnes tak menjadi, loan lima tahun dengan bank wajib bayar jugak. Jadi nasihat Belalang, pikir la abis-abis sekiranya anda berminat mahu join bisnes macam nih dan lagi satu jangan lupa, pastikan produk yang dijual itu halal atau memang berguna kepada kita dan orang lain.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close