Teguran Kepada Kakitangan Kerajaan

Letih betul Belalang. Kebelakangan nih selalu sangat berulang alik ke Hospital Besar P.Pinang melihat perkembangan sahabat baik Belalang dimana dah dianggap seperti saudara kandung sendiri. memang menyedihkan jika dilihat keadaan kawan Belalang. Kemungkinan untuk hidup tipis dan sekiranya hidup, dia mungkin akan strok dan hilang penglihatan selamanya. Lagi menyedihkan hari berlakunya kemalangan itu, baru genap 20 hari kawan Belalang itu berumah tangga!

Punca kemalangan dipercayai remaja yang merempuh sahabat Belalang itu menunggang motosikal dengan laju dan tiada lesen memandu. Dan berkemungkinan juga motosikal yang ditunggangi remaja itu tiada lampu depan.

Belalang tak nak detailkan pasal hal kemalangan tuh. Tapi Belalang nak story pasal bagaimana layanan time nak buat report polis dan pengurusan hospital.

Selepas saja kemalangan berlaku, abang kepada kawan Belalang pergi ke balai polis Kulim untuk buat report. Tapi masalah report tak boleh buat pasal kena tunggu kawan Belalang sendiri yang datang buat report. Ok, fine… Kawan Belalang sendiri yang kena datang buat report mungkin itu memang prosedur polis. Tapi yang agak terkilan sebab polis tak terangkan dengan terperinci bagaimana nak buat pulak kalau kawan Belalang tuh tetap tak boleh datang sendiri buat report. sebenarnya jika keadaan orang yang nak buat report tue teruk, doktor yang merawat boleh mengeluarkan satu surat yang memberi tahu keadaan mangsa. Jadi dia boleh wakilkan ahli keluarga dia yang lain.

Yang kedua

selepas sahaja doktor mengeluarkan tempurung kepala kawan Belalang yang rosak tuh, sorang nurse telah menyerahkan tempurung kepala itu kepada salah seorang ahli keluarga kawan Belalang itu. Mereka mengambil tempurung itu dan terus menanamnya berhampiran dengan pusara arwah ayah kawan Belalang. selang dua hari pastu ada sorang doktor yang menanyakan tentang tempurung yang pernah nurse serahkan itu. Kata doktor tempurung itu masih boleh digunakan. Terkejut keluarga kawan Belalang itu sebab sebelum nih takde pulak nurse itu pesan apa-apa.

Moral of the story kat sini ialah jangan anggap orang awam paham dan tau dengan bidang tugas anda. Jangan ingat makcik-makcik atau pakcik-pakcik tahu dengan prosedur kerja anda. Professional sket. Ambil masa untuk terangkan sket apa yang perlu dibuat oleh mereka orang biasa sebab kami orang-orang awam bukan tau langsung pasal tugasan anda.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close