Perasaan

Manusia dilahirkan dengan memiliki perasaan. Perasaan itulah yang menzahirkan tindakan seperti marah, menangis, ketawa dan sebagainya. Kerap kali apabila kita bertembung dengan sesuatu situasi contoh perkara sedih, anak kucing kena langgar kereta misalnya kita akan merasa terkejut dan sedih. Tapi jika orang di sebelah kita boleh lihat dengan selamber je kucing tu mati depan dia tanpa menunjukkan apa-apa reaksi, sure kita cakap “Takde perasaan ke hape kawan nih?”

Kita mahu orang lain menghargai perasaan kita, tapi adakah kita menghargai perasaan orang lain? Bila bercakap ikut sedap mulut jer. Rase macam takde salah je cakap itu ini pasal orang lain. Tapi bila orang mengata tentang diri kita, tahu pulak nak marah, kecik hati.

sedar la yang sekiranya kita tak mahu orang menyakiti hati kita, kita juga jangan menyakiti hati orang-orang di sekeliling kita. Ibarat kita membuat mimik muka di hadapan cermin. Senyuman dibalas senyuman. Muka masam dibalas muka masam.

Entry ini bukan menyatakan ketidak puasan hati Belalang kepada mana-mana pihak. Hanya pendapat kosong dari Belalang yang sering bertemu situasi begini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close