Peminta Sedekah: Wajar Atau Tidak Menderma Kepada Mereka?

pernah tak terjadi dalam hidup korang, sedang korang bersantai-santai bersama sahabat atau keluarga di kedai makan atau pasaraya tiba-tiba datang seseorang meminta sumbangan atau derma dari anda. Koramg pun tanpa fikir panjang terus derma kerana mungkin korang ikhlas mahu menderma ataupun terkaget kerana tiba-tiba orang datang minta duit. Ke esokan harinya korang bertemu lagi dengan si peminta sedekah ini masih lagi meminta sumbangan dan derma dari orang ramai.

Sure pernahkan? Aci kerat jari la kebanyakkan kita pernah tiba-tiba disapa oleh peminta sedekah yang mahukan sedikit sumbangan dari kita. Apa yang Belalang nak cerita nih mungkin agak memeranjatkan anda kerana Belalang telah mengalami situasi di atas. Dan lebih dasyat lagi peminta sedekah yang sama ini telah berulang-ulang kali datang meminta sumbangan dari Belalang. Konon nak membangunkan sebuah rumah anak yatim.

pada mulanya Belalang tidak begitu ambil kisah mengeluarkan sedikit duit Belalang untuk di dermakan kepada peminta sedekah itu. Memang Belalang ikhlas memberi sumbangan. Namun apabila hampir setiap hari orang yang sama datang dan meminta derma dari Belalang, Belalang mulai berasa ragu-ragu. Dan Belalang mengambil keputusan untuk tidak lagi menderma kepada orang itu.

Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas

Gambar di dalam bulatan itulah orang yang Belalang maksudkan. Baru-baru ini Belalang terserempak dengan dia di sebuah kedai makan. Masih lagi membawa surat yang sama (konon sumbangan ihklas untuk membangunkan rumah anak-anak yatim) dan masih lagi dengan selamba meminta simpati dari orang ramai. Apa yang memusyilkan Belalang ialah perkara berikut:-

a) Belalang mula menderma sekitar bulan satu, sekarang bulan tujuh dan orang itu masih lagi meminta derma.


b) Andai kata satu hari dia boleh mengutip sebanyak RM100 atau RM200, darab dengan tujuh bulan jumlah kutipan orang itu mencecah RM20,000 atau RM40,000!!!

Itu hanya kiraan kasar Belalang tetapi Belalang yakin mengutip derma ini mampu mendapat lebih tinggi kutipan  setiap hari. Yela, orang kita memang terkenal dengan sifat pemurahkan? Tertanya-tanya juga Belalang masih belum cukupkah jumlah kutipan dia hinggakan ke hari ini masih terus mengutip derma?

Korang rasa wajar ke Belalang bersifat ragu-ragu dengan orang seperti ini? Atau hanya Belalang yang berfikiran negatif?

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pertayaan tentang musykil (1)

Comments are closed.

Close