Edit Video Dan Gambar

Sebelum mengenali dunia blog, Belalang cukup suka edit video. Tak kira la video sape-sape pun. Kalau bukan video Belalang sendiri, Belalang akan tolong edit video kakak, abang atau sanak-saudara yang lain.

Selain itu Belalang juga cukup gemar edit gambar. Walaupun pengetahuan Belalang dalam Photoshop sangat la basic, tapi ia tetap memberi satu kepuasan apabila siap di edit…
Tapi semenjak addict dengan blog, Belalang dah cukup jarang edit video atau gambar. Kalau edit pun yang ringkas-ringkas je. Terlalu asyik dengan blog sampai benda lain pun tak jadi…Hahaha
Ni bawah nih ada satu video yang Belalang buat dalam pertengahan tahun sudah. Pelakon utama tuh anak kakak Belalang yang sulong. Saje je buat video untuk budak dua orang nih… Suka sangat mereka bila Belalang buat video nih. Siap simpan dalam hand phone bawak pegi kelas lagi show off kat member-member diorang.
Hope enjoy la dengan hasil keje yang ntah ape-ape ni yea…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close