Apabila Belalang Junior Buat Perangai

Dulu satu masa dulu Padin dari padinno.blogspot.com pernah mintak nak tengok gambar puteri kesayangan Belalang. Yang kerap buat perangai time malam. Nak tau ape perangai pelik dia buat bila malam? jap lagi Belalang story. Sekarang meh kita tatap dahulu foto puteri Belalang.

Amacam Padin? tergoda tak? Kecik lagi Belalang Jr. nih Padin. Kalau nak hantar pinangan kene tunggu dia besar sket. Sanggup tunggu Padin? hahaha…

Ok ok berbalik kepada perangai pelik Belalang Jr. Kalau korang yang kaki tidur lewat, sure akan perasan Belalang pukul 3, 4 pagi still online. Sebenarnya Belalang tengah temankan Belalang Jr. yang memang payah untuk tidur malam. Ada jela benda yang dia nak buat. Tak pun dia akan suruh Belalang atau Mrs.Belalang garu tempat-tempat tertentu di badan dia. Kadang-kadang sampai berjam-jam garu tapi tak tidur-tidur jugak.

Last skali kalau semua cara seperti pujuk, kasi susu, tepuk atau garu badan dia tak menjadi, maka Belalang terpaksa buat plan terakhir. Nak tau ape? Bawak Belalang Jr. kuar naik kereta. Pusing 2, 3 round sampai dia tidur dalam kereta.

Hahaha memang banyak ragam betul budak kecik tuh. Tapi kalau dia takde contoh tidur di kampung selama seminggu, memang rase sunyi sangat. Tapi yang hairanya di kampung boleh pulak tidur awal. Pukul 10 atau 11 malam dah tidur…

Mungkin sebab Belalang dan Mrs.Belalang bagi muka sangat pada dia kot. Korang rase macam mane? Susahkan layan karenah anak… Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close