Selepas Perancis, Giliran Itali pula Pulang Awal



Malang bagi pasukan Itali apabila mereka terpaksa menamatkan kempen piala dunia mereka kali dengan kepulangan awal tanpa sempat melangkah ke pusingan ke dua piala dunia kali ini.


Kekalahan 3-2 pada pasukan Slovakia, telah menyebabkan usaha pasukan Azzurri itu untuk mempertahankan ke juaraan mereka empat tahun dahulu berkecai.

Seawal permulaan permainan lagi Itali kelihatan seperti tidak bermaya dan seolah-olah tiada idea untuk melancarkan serangan ke kubu Slovakia. Belalang tidak menyaksikan keseluruhan perlawanan itu. Sebaik Slovakia memperolehi gol kedua, Belalang sudah bersiap berangkat balik dari kedai mamak tempat Belalang lepak.

Walaupun berjaya juga memperolehi 2 gol, namun itu tidak dapat merubah apa-apa situasi kerana Itali telah seri pada dua perlawanan sebelum ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close