Reunion

Entah ni kali keberapa ratus kali Belalang sedang cuba untuk buat reunion rakan-rakan sekolej Belalang setelah beberapa percubaan sebelum nih tidak berjaya.

Memang susah bila masing-masing dah ada jalan hidup sendiri, dan nak panggil gabung balik untuk berjumpa setelah enam tahun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Belalang seboleh-bolehnya tak mahu sorang pun budak kelas Belalang yang takde. Belalang nak semua sekali ada.

Tapi perbincangan reunion kali ini menampakkan tanda-tanda positif yang banyak sekali. Dulu bincang hanya melalui sms dan telefon je. Memang susah nak bincang. Tapi mujur la sekarang nih masing-masing ade facebook. Senang la jugak nak ajak semua sekali berbincang.

Belalang memang berharap reunion kali ni berjaya. Selepas enam tahun tak berjumpa, memang dah banyak yang berubah. Sebahagian besar kawan-kawan kelas Belalang sudah berumah tangga termasuk la Belalang. Ada jugak kawan Belalang yang sudah memiliki dua cahaya mata. Yang Belum berkahwin sure akan menjadi usikkan dari kami yang dapat jodoh awal nih.

Segala kenangan dan cerita lama akan kembali didengar. Belalang jangkakan malam tue memang akan menjadi satu malam yang tak akan mudah Belalang dan kawan-kawan lain akan lupakan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close