Mesin Masa Dan Doraemon





Belalang telah menghabiskan sebahagian besar masa pada hari ini dengan membaca komik Doraemon online di onemanga.com. Semua nih disebabkan pakcik Crayon dari tubelawak yang telah buat entry pasal episod terakhir doraemon. Best gak ending doraemon walaupun babak akhir itu kononnya bukan karya pelukis asal komik itu. Kalau korang nak baca entry yang tubelawak tulis itu, klik sini.


Belalang membesar dengan kartun serta komik Doraemon, Dragonball, Captain Tsubasa, Ujang dan beberapa lagi komik dan kartun yang glemer di era itu. Korang mungkin ketawa pada Belalang. Yela dah kawen dan ada anak pun tapi still layan Doraemon benda budak-budak. Apelakan…


Korang nak gelak pun gelak la. Sampai guling-guling pun takpe. Tapi bagi belalang, bila Belalang tengok atau baca komik Doraemon, macam ada suatu kuasa yang mengajak Belalang untuk kembali terkenang zaman-zaman baru nak membesar dulu. Aduh, syahdunya masa-masa itu. Rasa macam nak je masa-masa itu berputar kembali.


Tapi hidup mesti diteruskan. Walaupun Belalang semakin dewasa dan semakin jauh meninggalkan alam bebudak serta remaja dulu, namun segala kenangan pahit dan manis akan terus Belalang bawa sampai le takde lagi insan bernama Belalang di dunia nih…

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • komik doraemon bahasa melayu (37)
  • komik doraemon online bahasa melayu (18)

Comments are closed.

Close