Israel Ganyang Palestin, Orang Kita Ganyang…?

Tajuk entry kali nih nak ceritakan satu peristiwa yang Belalang lihat kelmarin. Takde kaitan pun dengan Israel Palestin punya isu.

Seperti biasa dalam pukul tiga petang Belalang, Mrs. Belalang dan adik ipar Belalang akan kuar pegi lunch. Tempat lunch lak tak menentu. Kadang-kadang kami lunch berhampiran dengan kedai perniagaan kami. Kadang-kadang lak lajak jauh ya amat.


Tengah Belalang drive di satu jalan nih, mata Belalang terpandang tiga orang lelaki yang berada di bahu jalan sebelah kanan. Nampak macam ada yang tak kena. Atas dasar penyibuk yang memang sudah semulajadi ada dalam diri Belalang, Belalang memperlahankan kenderaan sebaik sahaja keta Belalang hampir sampai kepada mereka bertiga.


Seperti yang Belalang jangka memang ada yang tak kena. Tak pasal-pasal salah sorang lelaki nih sudah start mengasak dua orang lagi rakan-rakan (ntah le kawan ke tak) dia. sampai tergolek-golek dia kejekan sorang tuh. Darah nih jangan cakap la. Macam air paip. Mujur masih ada rakyat kat negara nih yang prihatin dan sukakan kedamaian. Beberapa orang yang terlihat kejadian itu telah bergegas meleraikan pergaduh mereka.


Belalang meneruskan perjalanan Belalang tanpa menghentikan kenderaan. Buang masa je tengok diorang gaduh. Apa yang Belalang nak sampaikan disini adalah berkaitan orang kita yang selalunya bergaduh atas sebab yang remeh. Contoh pasal berebut pompuan, duit pinjam tak bayar, mulut takde insuran, melawak kasar atau sesaje tunjuk kuat (kadang-kadang baru jeling dah ajak gaduh).


Sepatutnya sebagai orang berakal tolong la pilih jalan lain selain daripada menggunakan kekerasan. Kalau Israel rakyatnya boleh bersatu menyerang Palestin. tapi orang Malaysia lak lebih suka negara nih rosak dengan bergaduh sesama sendiri. Memang tak semua dari kita macam orang yang Belalang citer kat atas tadi. Tapi Belalang dah kerap kali sangat jumpa manusia yang macam nih. Rase nak belasah orang sangat, lebih baik ko pegi jadi sukarelawan ke Palestin je. Untung-untung kalau kapal ko naik tuh kene serang dengan tentera Israel, boleh le ko merasa membelasah tentera Israel. Puas hati la jugak belasah orang macam tuh. 

** Cintai kedamaian negara kita…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close